Monday 30 November 2015

PROGRAM JOM MASUK KAMPUNG


Program Jom Masuk Kampung anjuran RTM Perlis melibatkan urusetia dari Perlis FM, SUK Negeri Perlis, JKKK, KRT DUN Pauh, Parlimen Arau, MCMC, JKR, PDRM, JPJ, Jabatan Pertanian, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional Negeri Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Budriah Pauh Arau Perlis.




Makanan dan minuman disediakan secara gotong royong bermula dengan menggoreng ayam pada petang 20/11/15 hingga selesai, manakala persiapan daging lembu bermula pada  awal pagi 21/11/15 sehingga siap dimasak untuk jamuan makan tengah hari bagi semua pengunjung yang hadir.


Selain pameran dari agensi kerajaan para pengunjung juga dapat menyaksikan aktiviti aktiviti lain yang lebih menarik yang telah di atur oleh penganjur seperti pertandingan karaoke, mewarna dikalangan warga usia emas, lari dalam guni berpasangan warga 40 tahun ke atas, kukuq nyok berpasangan, terompah gergasi bepasukan, boling padang berpasukan dan disebelah malam pula forum perdana hal ehwal Islam.


Acara trompah gergasi berpasukan antara ahli KRT dan JKKK DUN Pauh


Acara lari dalam guni berpasangan yang berumur 40 tahun ke atas

Acara mengopek buah kelapa (kupas nyok)

Acara kukuq nyor berpasangan

Persembahan Brass Band 

Acara beruk memetik buah kelapa

Ini bukan mat rempit tapi pertunjukkan stunt motor oleh penunggang profesional


Acara pertunjukkan stunt motor oleh penunggang m/sikal profesional yang dibawa khas dari Pulau Pinang

Turut serta memeriahkan program YAB Menteri Besar Perlis Dato' Sri Azlan Bin Man dan Isteri bersama Pengerusi Penyelaras KRT Negeri Perlis Tuan Mohd Khalid Bin Ahmad mengacau pulut untuk dijadikan wajik atau pulut kacau (kucai) 


No comments:

Post a Comment