Thursday 5 November 2015

PROGRAM JIWA MURNI, JIRAN MUDA KRT PARLIMEN ARAU

Jiran Muda KRT Parlimen Arau yang baru ditubuhkan pada 17hb. Oktober 2015 yangmana dilancarkan oleh Pengerusi Penyelaras Rukun Tetangga Negeri Perlis YB Tuan Mohd Khalid Bin Ahmad telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan Jiwa Murni bertempat di Kampung Alor Setar, Pauh, Arau, Perlis pada 18hb. Oktober 2015 (Ahad). Program yang melibatkan warga kampung berhampiran dibawah seliaan Penyelaras KRT Parlimen Arau telah berlangsung dengan jayanya. Program ini antara lain adalah untuk menjalinkan perhubungan akrab dalam kalangan anak-anak muda dengan masyarakat setempat di samping memberi pendedahan kepada mereka dalam aspek menguruskan pelbagai bentuk perkhidmatan komuniti. Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya pembersihan sekitar kawasan masjid, membaikpulih kerosakan kecil iaitu kerja-kerja mengecat dan baikpulih rumah, dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian.

YB Tuan Mohd Khalid Ahmad menyampai taklimat program

Peserta program jiwa murni

Pegawai Penyelaras KRT Parlimen Arau
Program ini juga adalah usaha untuk mendedahkan kepada warga jiran muda berkaitan kebajikan yang secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan di samping menyumbang kepada beramal. 

YB Tuan Mohd Khalid menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada golongan asnaf



Sumbangan barang keperluan asas yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah JPNIN Ps









Bergambar selepas selesai program

No comments:

Post a Comment