Thursday 16 June 2016

PROGRAM SEMARAK MESRA KOMUNITI DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PAUH, ARAU PERLIS


Program Semarak Mesra Komuniti DUN Pauh telah dilaksanakan pada 30hb. April, 2016 di Dataran RPA Arau anjuran KRT RPA Arau dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) RPA Arau. Program ini di adakan pada setiap tahun bertujuan bagi mengeratkan lagi tali silaturahim semua ahli jawatankuasa komuniti masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh. Manakala Pusat Internet 1 Malaysia memainkan peranan membudayakan masyarakat tentang perhubungan maya menggunakan internet tidak mengira lapisan umur. Disamping itu juga pihak penganjur menyediakan khemah khemah pameran untuk lain-lain agensi seperti PDRM, JPJ, Kesihatan, Penerangan, Bomba, AADK, termasuk syarikat swasta bagi mempromosikan produk masing-masing kepada para pengunjung. Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan  masyarakat setempat dan diserikan lagi dengan kehadiran YAB Dato' Sri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Pauh.

      


Masak nasi dengan cara kukus

Basuh beras

Peserta senaman "taichi" berehat selepas senaman

Peserta acara pertandingan makan epal gantung dari penuntut Uitm Cawangan Arau Perlis

Goreng pisang

Pendaftaran ahli baru PI1Malaysia

Maklumat berkaitan ubat farmasi

Kempen membasmi nyamuk aedes

Pemeriksaan kesihatan percuma

Maklumat berkaitan gadaian emas - Ar-Rahnu Bank Rakyat


Bakal jadi gulai daging untuk para pengunjung

Paksu DJ Radio Perlis FM 


Add caption

Petugas JPAM Perlis

Bersama Pegawai Bomba

YB Mohd Khalid Ahmad bersama En Suffian dari Jab. Penerangan Perlis

YB Pengerusi KRT RPA Arau

Acara sukaneka kanak-kanak

DJK Sam


En Suffian Pegawai Penerangan Perlis

Unit Ronda Bermotosikal (URB) IPD Arau

Pegawai JPJ


Bersama Paksu DJ Radio Perlis FM

Kumpulan Brass Band Uitm Cawangan Arau Perlis

Acara pertandingan kerusi musik

AJK KRT Gombak Kuala Lumpur

YAB MB Ps bersama YB Pengerusi KRT RPA Arau dan Timb. Pengarah JPNIN Ps

YAB Dato' Sri Azlan Man menyampaikan ucapan









Pertandingan masak asam pedas

Acara pertandingan membuat sambal belacan


Menumbuk sambal belacan

Kumpulan Brass Band Uitm Arau bersama YAB MB Ps



Pertunjukkan bermain dengan ular tedung selar





Tuesday 14 June 2016

PROGRAM KEMBARA SAS (PENGASINGAN SISA DI PUNCA)

Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca

Pihak kerajaan akan mewajibkan pengasingan sisa pepejal di rumah mulai 1 September 2015. Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).  Secara umumnya, pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah mengikut jenis komposisi sisa pepejal seperti berikut :
                 
a.            Kertas – surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer, kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.     
b.            Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan lain – lain jenis plastik,             
c.             Lain – lain bahan yang boleh dikitar semula iaitu :-           
                i.              Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca  dan sebagainya.             
                ii.             Tin aluminium/besi/logam lain -  tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.            
                iii.            Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.  
                iv.           Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya.     
                v.            Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya.              
d.            Sisa Kebun/Taman – sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting,pelepah pokok, batang pokok, rumput dan sebagainya.              
e.            Sisa Pukal – sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil, mesin basuh, sofa, perabot dan sebagainya.       
                                 
Bagi komposisi sisa pepejal yang telah diasingkan di atas hendaklah dimasukkan dalam bekas yang sesuai/plastik sampah dan diletakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan yang ditetapkan di sesuatu kawasan. Manakala bagi Sisa Pukal hendaklah diletakkan dengan kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan. Kutipan sisa pepejal berkenaan akan dibuat satu (1) kali seminggu oleh syarikat konsesi yang telah dilantik.  
                                 
Di samping itu, bagi Sisa Baki pula, sisa berkenaan perlu dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai/plastik sampah dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Sisa Baki ini merangkumi sisa makanan, lampin pakai buang, tisu, sisa –sisa lain yang kotor dan tercemar.Kutipan bagi Sisa Baki ini akan dibuat kutipan dua (2) kali seminggu oleh syarikat konsesi yang telah dilantik.         
                                 
Pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di rumah ini akan melibatkan negeri-negeri yang menerimapakai Akta 672 iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah.
                                 
Bagi memastikan maklumat dan informasi berkaitan pengasingan sisa pepejal isi rumah disebarkan secara meluas dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah merangka Pelan Tindakan Kesedaran Awam Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca 2015 yang bertujuan untuk mendidik dan membudayakan amalan pengasingan sisa pepejal di kalangan masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan masyarakat yang menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber, menjaga kebersihan persekitaran dan memelihara kelestarian alam sekitar. Pelan ini juga mengariskan 3 strategi dan beberapa tindakan yang dijangka mampu untuk merealisasikan aspirasi di atas iaitu :-
                 
a.            Meningkatkan penyebaran maklumat dan promosi tentang pengasingan sisa di punca melalui pelbagai medium:-           
                -              Promosi melalui pelbagai saluran TV;     
                -              Promosi melalui pelbagai saluran radio;
                -              Hebahan melalui artikel yang diterbitkan melalui akhbar harian;
                -              Hebahan melalui media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan blog;      
                -              Edaran panduan pengasingan sisa di rumah dalam bentuk brosur kepada setiap premis;               
                -              Penyediaan risalah, poster dan sebagainya.        
                                                 
b.            Mewujudkan kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak iaitu :-
                -
                Kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan pembinaan kurikulum dan ko-kurikulum berkaitan pengasingan sisa di punca dan amalan 3R di peringkat prasekolah/tadika, sekolah rendah, menengah dan IPT;       
                -              Kolaborasi dengan komuniti setempat seperti JKKK, Persatuan Penduduk dan Jawatankuasa Rukun Tetangga melalui program 3R;   
                -              Kolaborasi dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui program pendidikan dan kesedaran awam serta dan program 3R;  
                                                 
c.             Mewujudkan pengiktirafan berkaitan Amalan Pengasingan Sisa Pepejal
                -              Mengadakan pengiktirafan kepada pihak yang mengamalkan pengasingan sisa pepejal terbaik bagi kategori suri rumah, komuniti dan agensi kerajaan.         
                 
Pelaksanaan Peraturan ini adalah sebahagian usaha Kerajaan untuk meningkatkan kadar kitar semula yang juga akan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sedia ada semakin kehabisan ruang. Pengasingan sisa isi rumah akan membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan, justeru, membantu meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut. Aktiviti amalan 3R dan pengasingan sisa di punca juga telah dikenalpasti sebagai salah satu langkah paling berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.
                 
Melalui penerapan dan pembudayaan amalan 3R dan pengasingan sisa pepejal isi rumah ini adalah diharapkan masyarakat akan menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber baru yang dapat digunakan sebagai alternatif kepada sumber bahan mentah asli dalam pembuatan sesuatu produk. Ini secara tidak langsung akan dapat memastikan sumber – sumber alam semulajadi diuruskan secara bijak dan lestari demi kebaikan generasi masa hadapan serta alam sekitar.
                 
Seperkara lagi kerjasama, sokongan dan penglibatan masyarakat secara aktif dalam pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah salah satu faktor utama kejayaan program ini.
                 
Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah status negara maju menjelang 2020, Malaysia harus meningkatkan aktiviti amalan 3R, pengasingan sisa pepejal isi rumah dan kadar kitar semula yang membanggakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.





















Antara aktiviti lain semasa hari perasmian











Penyampaian cenderahati kepada YAB Menteri Besar


Penyelaras Pusat Internet 1 Malaysia

Ahli Jawatankuasa Komuniti RPA Arau

Gerai pameran farmasi

Gerai pameran JPJ Perlis