Sunday 3 April 2016

PESTA PONGGAL

PESTA PONGAL

Perkataan பொங்கல் (Pongal) adalah ‘masa menuai’ menandakan masa untuk orang Tamil tuai hasil tanaman dan disambut pada permulaan bulan Thai (தை) mengikut kalendar Tamil. Ada juga kelompok yang menganggap Pongal sebagai tarikh tahun baru. Perayaan Pongal biasanya diraikan setiap pertengahan bulan Januari bagi meraikan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara oleh penganut agama Hindu. Perayaan ini disambut selama empat hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.

Perayaan Pongal juga dianggap sebagai hari kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi rezeki untuk memperoleh makanan dan air yang cukup, tempat tinggal yang sempurna dan keluarga yang bahagia dan juga membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara ahli keluarga. Penyediaan juadah berasaskan sayur-sayuran kampung pula mendidik generasi muda mengenali masakan asli nenek moyang mereka.

Hari Mattu
Hari மட்டு (Mattu)

adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu. Masyarakat India percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia dimana pengembala sangat berterima kasih kepada ternakan mereka. Mereka juga akan mewarnakan tanduk lembu dan menghiasi dengan pakaian dan topi logam bersinar. Lembu diberi makan Pongal dan loceng diikat di leher.



Upacara yang dilakukan ialah memasak beras yang dituai bersama susu lembu sehingga melimpah dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Pongal dalam bahasa Tamil. Pongal bermakna ‘melimpah-ruah’ yang menggambarkan hasil tuaian yang banyak. Apabila susu sedang mendidih, kaum keluarga akan berkumpul di sekitar periuk dan melaungkan ucapan 'Pongal-O-Pongal' sebanyak tiga kali semasa susu mengalir keluar. Upacara ini dilakukan untuk memberi penghormatan kepada Dewa Matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil. Belanga, susu, beras, tebu, daun pisang, kelapa serta tujuh jenis sayuran dan rempah ratus seperti lada kering, jintan manis, buah pelaga, jintan putih dan biji sawi adalah antara bahan-bahan wajib untuk hidangan istimewa pada hari perayaan ini.


















Acara lawan tarik tali kaum wanita 






Acara lawan tarik tali kaum lelaki 








Acara penyampaian hadiah 









Berggambar beramai-ramai setelah selesai majlis