Monday 30 November 2015

PROGRAM JOM MASUK KAMPUNG


Program Jom Masuk Kampung anjuran RTM Perlis melibatkan urusetia dari Perlis FM, SUK Negeri Perlis, JKKK, KRT DUN Pauh, Parlimen Arau, MCMC, JKR, PDRM, JPJ, Jabatan Pertanian, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional Negeri Perlis dan Majlis Perbandaran Kangar bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Budriah Pauh Arau Perlis.




Makanan dan minuman disediakan secara gotong royong bermula dengan menggoreng ayam pada petang 20/11/15 hingga selesai, manakala persiapan daging lembu bermula pada  awal pagi 21/11/15 sehingga siap dimasak untuk jamuan makan tengah hari bagi semua pengunjung yang hadir.


Selain pameran dari agensi kerajaan para pengunjung juga dapat menyaksikan aktiviti aktiviti lain yang lebih menarik yang telah di atur oleh penganjur seperti pertandingan karaoke, mewarna dikalangan warga usia emas, lari dalam guni berpasangan warga 40 tahun ke atas, kukuq nyok berpasangan, terompah gergasi bepasukan, boling padang berpasukan dan disebelah malam pula forum perdana hal ehwal Islam.


Acara trompah gergasi berpasukan antara ahli KRT dan JKKK DUN Pauh


Acara lari dalam guni berpasangan yang berumur 40 tahun ke atas

Acara mengopek buah kelapa (kupas nyok)

Acara kukuq nyor berpasangan

Persembahan Brass Band 

Acara beruk memetik buah kelapa

Ini bukan mat rempit tapi pertunjukkan stunt motor oleh penunggang profesional


Acara pertunjukkan stunt motor oleh penunggang m/sikal profesional yang dibawa khas dari Pulau Pinang

Turut serta memeriahkan program YAB Menteri Besar Perlis Dato' Sri Azlan Bin Man dan Isteri bersama Pengerusi Penyelaras KRT Negeri Perlis Tuan Mohd Khalid Bin Ahmad mengacau pulut untuk dijadikan wajik atau pulut kacau (kucai) 


Sunday 15 November 2015

KUMPULAN NASYID

Kumpulan Nasyid KRT RPA Arau mula ditubuhkan pada awal tahun 2014. Anggota kumpulan nasyid ini terdiri dari kalangan ahli jawatankuasa wanita KRT RPA Arau seramai 15 orang yang diterajui oleh En. Mohd Nazri bin Mohd Khalid  dan juga selaku jurulatih kepada kumpulan nasyid ini yang diberi nama 'UMMU AL-ZAHRA'. Selain aktif menyertai beberapa pertandingan anjuran Jabatan Perpaduan Negara Integriti Nasional Negeri Perlis, Kumpulan nasyid ini juga sering di undang untuk membuat persembahan di program-program yang di adakan sekitar kawasan Parlimen Arau.  

Peringkat awal penubuhan

Kumpulan nasyid semasa latihan





Bersama Pengerusi Penyelaras KRT Negeri Perlis YB Tuan Mohd Khalid bin Ahmad




Menyertai Karnival Nasyid Peringkat Negeri Perlis







Acara penyampaian hadiah

Thursday 5 November 2015

PROGRAM BERSAMA MAJLIS PERASMIAN PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA PARLIMEN ARAU

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI1M
PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M

  • Kemudahan akses internet secara kolektif
  • Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
  • Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
  • Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan

Prinsip Pelaksanaan PI1M

  • Kerjasama dengan Kerajaan Negeri
    • Menyediakan premis yang sesuai
    • Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri
  • Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi
  • Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik secara kontrak
  • Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari
  • Daftar sebagai Ahli PI1M
    • Pendaftaran RM5.00
    • Kad Ahli
    • Tidak aktif 12 bulan, keahlian dibatalkan
    • Pengaktifan semula – RM3.00
Gotong royong bersih kawasan sekitar PI1M sebelum majlis perasmian 

Unit Ronda Bermotosikal (URB) IPD Arau turut serta bergotong royong




Gotong royong sebelum majlis perasmian

Pengurus PI1M RPA Arau - gotong royong sebelum majlis perasmian

Orang ramai mendaftar untuk menjadi ahli PI1M RPA Arau

salah satu khemah expo

Satu satu khemah expo di tapak perasmian




Khemah expo tapak majlis perasmian di Dataran RPA Arau

Kehadiran penyanyi Kumpulan Wings..Awie bersama geng bickers

Menjamu selera sebelum persembahan

Awie turut serta memeriahkan suasana pada Majlis Perasmian di Dataran RPA Arau 

Awie bersama Pengerusi Penyelaras Rukun Tetangga Negeri Perlis

Kehadiran orang ramai


Majlis dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis Dato' Sri Azlan Bin Man bersama Exco Perpaduan YB Hajjah Rela


Kumpulan Jiran Wanita RPA Arau menyediakan makanan untuk orang ramai yang hadir
Minuman disediakan untuk orang ramai yang hadir di majlis perasmian