Wednesday 9 September 2015

SEJARAH PENUBUHAN



Rukun Tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Konsep program ini hampir sama seperti Neighbourhood Watch seperti yang diamalkan di United Kingdom. Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan di seluruh negara.
Sejarah
Rukun Tetangga telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1975 asalnya untuk menjamin keselamatan penduduk setempat. Satu akta yang dikenali sebagai Peraturan Rukun Tetangga 1975 (P.U. (A) 279/75) telah diluluskan untuk memberikan kuasa-kuasa tertentu kepada pertubuhan tersebut. Pada 1984, fokus pertubuhan ini bertukar kepada merapatkan hubungan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Kemudian pada 2001, fokus program ini sekali lagi bertukar kepada fokus sekarang, iaitu pembangunan masyarakat setempat.
Peranan
Peranan utama Rukun Tetangga ialah menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan. Anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut. Selain itu, setiap KRT digalakkan menganjurkan seberapa banyak kegiatan berbentuk kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan selain program meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum.

KAWASAN RUKUN TETANGGA RANCANGAN PERUMAHAN AWAM  ARAU PERLIS ( KRT RPA ARAU )


LATAR BELAKANG

Pada tahun enam puluhan dan tujuh puluhan, terdapat sebuah ladang getah yang dinamakan Rani Estate milik seorang bangsa Sikh yang kemudiannya dijualkan kepada seorang ahli perniagaan berbangsa Cina. Di kawasan tersebut terdapat dua buah kampung Melayu iaitu Kampung Kubang Mat Tangguk dan Kampung Rani Estate yangmana penduduk nya tidak lebih dua puluh keluarga dan sumber pendapatan mereka menoreh getah dan bersawah padi. Penduduk kedua-dua kampung ini dihubungi sebatang jalan tanah merah untuk ke pekan (bandar) terdekat iaitu pekan Arau.

Pada tahun 1976 berlaku perubahan apabila sebahagian besar ladang Rani Estate di ambil alih Kerajaan Negeri Perlis untuk membina sebuah pusat pengajian tinggi pertama Negeri Perlis iaitu Institut Teknologi Mara (ITM) Cawangan Perlis. Dengan kewujudan ITM Cawangan Perlis dengan sendirinya penambahan penduduk kian meningkat. Bagi memenuhi keperluan rakyat memiliki rumah sendiri, Kerajaan Negeri mengambil alih keseluruhan ladang Rani Estate dan membina Rancangan Perumahan Awam Arau Perlis.


Rancangan Perumahan Awam Arau merupakan projek perumahan milik penuh kerajaan negeri Perlis yangmana fasa pertama (I) mengandungi 102 unit rumah dan 88 unit pada fasa kedua (II). Kedua-dua fasa mula diduduki pada awal tahun 1982. Setelah itu RPA Arau fasa II B dibina mengandungi 211 unit yang menjadikan keseluruhan rumah RPA Arau sebanyak 401 unit milik kerajaan yang terbesar di negeri Perlis dan purata penduduknya seramai dua ribu orang atas nisbah satu keluarga lima orang. 


Pada pertengahan tahun lapan puluhan, hanya dua pertubuhan sahaja yang ada iaitu UMNO Cawangan RPA Arau dan JKKK RPA Arau. Menyedari betapa pentingnya penduduk pelbagai kaum yang terdiri daripada 80% kaum Melayu, 10% kaum Cina, 5% kaum India dan 5% lain-lain kaum yangmana perlu disatukan dibawah satu pertubuhan maka jawatankuasa UMNO Cawangan RPA Arau telah mencadangkan supaya RPA Arau menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga RPA Arau Perlis berkonsepkan KEJIRANAN bagi menjamin PERPADUAN PELBAGAI KAUM.



Maka pada tahun 1987 dengan rasminya Kawasan Rukun Tetangga RPA Arau ditubuhkan dan diikuti pada tahun 1993 dua buah Tadika Perpaduan diwujudkan iaitu TADIKA PERPADUAN KEMBOJA I dan TADIKA PERPADUAN KEMBOJA II.



Carta AJK pada mula penubuhan
Dewan Pusat Aktiviti RPA Arau

Peta lokasi ke Rancangan Perumahan Awam Arau, Perlis