Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca
Pihak kerajaan akan mewajibkan pengasingan sisa pepejal di
rumah mulai 1 September 2015. Pelaksanaan perkara ini berdasarkan Peraturan di
bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Secara umumnya, pengasingan sisa pepejal di rumah
ini adalah mengikut jenis komposisi sisa pepejal seperti berikut :
a. Kertas –
surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer, kertas
A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul surat,
poskad, risalah, dan bungkusan pos.
b. Plastik –
botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas makanan,
bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan kesihatan/vitamin, bekas
pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik, bekas ais krim dan
lain – lain jenis plastik,
c. Lain –
lain bahan yang boleh dikitar semula iaitu :-
i. Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol
minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya.
ii. Tin aluminium/besi/logam lain - tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin
biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan
sebagainya.
iii. Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator,
telefon bimbit, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek
elektrik, dapur elektrik dan sebagainya.
iv. Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan,
pakaian, sarung tangan dan sebagainya.
v. Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat,
bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya.
d. Sisa
Kebun/Taman – sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting,pelepah pokok,
batang pokok, rumput dan sebagainya.
e. Sisa
Pukal – sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil,
mesin basuh, sofa, perabot dan sebagainya.
Bagi komposisi sisa pepejal yang telah diasingkan di atas
hendaklah dimasukkan dalam bekas yang sesuai/plastik sampah dan diletakkan di
tepi tong sampah pada hari kutipan yang ditetapkan di sesuatu kawasan. Manakala
bagi Sisa Pukal hendaklah diletakkan dengan kemas di bahu jalan hadapan rumah
pada hari kutipan. Kutipan sisa pepejal berkenaan akan dibuat satu (1) kali
seminggu oleh syarikat konsesi yang telah dilantik.
Di samping itu, bagi Sisa Baki pula, sisa berkenaan perlu
dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai/plastik sampah dan dimasukkan ke dalam
tong sampah. Sisa Baki ini merangkumi sisa makanan, lampin pakai buang, tisu,
sisa –sisa lain yang kotor dan tercemar.Kutipan bagi Sisa Baki ini akan dibuat
kutipan dua (2) kali seminggu oleh syarikat konsesi yang telah dilantik.
Pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di rumah ini akan
melibatkan negeri-negeri yang menerimapakai Akta 672 iaitu Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan
Kedah.
Bagi memastikan maklumat dan informasi berkaitan pengasingan
sisa pepejal isi rumah disebarkan secara meluas dan berkesan kepada semua
lapisan masyarakat, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
(SWCorp) telah merangka Pelan Tindakan Kesedaran Awam Pengasingan Sisa Pepejal
Di Punca 2015 yang bertujuan untuk mendidik dan membudayakan amalan pengasingan
sisa pepejal di kalangan masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan masyarakat yang
menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber, menjaga kebersihan persekitaran
dan memelihara kelestarian alam sekitar. Pelan ini juga mengariskan 3 strategi
dan beberapa tindakan yang dijangka mampu untuk merealisasikan aspirasi di atas
iaitu :-
a. Meningkatkan
penyebaran maklumat dan promosi tentang pengasingan sisa di punca melalui
pelbagai medium:-
- Promosi
melalui pelbagai saluran TV;
- Promosi
melalui pelbagai saluran radio;
- Hebahan
melalui artikel yang diterbitkan melalui akhbar harian;
- Hebahan
melalui media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan blog;
- Edaran
panduan pengasingan sisa di rumah dalam bentuk brosur kepada setiap premis;
- Penyediaan
risalah, poster dan sebagainya.
b. Mewujudkan
kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak iaitu :-
-
Kolaborasi dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia berkaitan pembinaan kurikulum dan ko-kurikulum berkaitan
pengasingan sisa di punca dan amalan 3R di peringkat prasekolah/tadika, sekolah
rendah, menengah dan IPT;
- Kolaborasi
dengan komuniti setempat seperti JKKK, Persatuan Penduduk dan Jawatankuasa
Rukun Tetangga melalui program 3R;
- Kolaborasi
dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui program pendidikan dan kesedaran awam
serta dan program 3R;
c. Mewujudkan
pengiktirafan berkaitan Amalan Pengasingan Sisa Pepejal
- Mengadakan
pengiktirafan kepada pihak yang mengamalkan pengasingan sisa pepejal terbaik
bagi kategori suri rumah, komuniti dan agensi kerajaan.
Pelaksanaan Peraturan ini adalah sebahagian usaha Kerajaan
untuk meningkatkan kadar kitar semula yang juga akan mengurangkan penghantaran
sisa pepejal ke tapak pelupusan sedia ada semakin kehabisan ruang. Pengasingan
sisa isi rumah akan membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke
tapak pelupusan, justeru, membantu meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan
tersebut. Aktiviti amalan 3R dan pengasingan sisa di punca juga telah
dikenalpasti sebagai salah satu langkah paling berkesan dalam usaha
mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.
Melalui penerapan dan pembudayaan amalan 3R dan pengasingan
sisa pepejal isi rumah ini adalah diharapkan masyarakat akan menghargai sisa
pepejal sebagai satu sumber baru yang dapat digunakan sebagai alternatif kepada
sumber bahan mentah asli dalam pembuatan sesuatu produk. Ini secara tidak
langsung akan dapat memastikan sumber – sumber alam semulajadi diuruskan secara
bijak dan lestari demi kebaikan generasi masa hadapan serta alam sekitar.
Seperkara lagi kerjasama, sokongan dan penglibatan
masyarakat secara aktif dalam pelaksanaan pengasingan sisa pepejal di rumah ini
adalah salah satu faktor utama kejayaan program ini.
Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah status
negara maju menjelang 2020, Malaysia harus meningkatkan aktiviti amalan 3R,
pengasingan sisa pepejal isi rumah dan kadar kitar semula yang membanggakan di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Antara aktiviti lain semasa hari perasmian
Penyampaian cenderahati kepada YAB Menteri Besar |
Penyelaras Pusat Internet 1 Malaysia |
Ahli Jawatankuasa Komuniti RPA Arau |
Gerai pameran farmasi |
Gerai pameran JPJ Perlis |
No comments:
Post a Comment