Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI1M
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan
Prinsip Pelaksanaan PI1M
- Kerjasama dengan Kerajaan Negeri
- Menyediakan premis yang sesuai
- Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri
- Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi
- Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik secara kontrak
- Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari
- Daftar sebagai Ahli PI1M
- Pendaftaran RM5.00
- Kad Ahli
- Tidak aktif 12 bulan, keahlian dibatalkan
- Pengaktifan semula – RM3.00
Gotong royong bersih kawasan sekitar PI1M sebelum majlis perasmian |
Unit Ronda Bermotosikal (URB) IPD Arau turut serta bergotong royong |
Gotong royong sebelum majlis perasmian |
Pengurus PI1M RPA Arau - gotong royong sebelum majlis perasmian |
Orang ramai mendaftar untuk menjadi ahli PI1M RPA Arau |
salah satu khemah expo |
Satu satu khemah expo di tapak perasmian |
Khemah expo tapak majlis perasmian di Dataran RPA Arau |
Kehadiran penyanyi Kumpulan Wings..Awie bersama geng bickers |
Menjamu selera sebelum persembahan |
Awie turut serta memeriahkan suasana pada Majlis Perasmian di Dataran RPA Arau |
Awie bersama Pengerusi Penyelaras Rukun Tetangga Negeri Perlis |
Kehadiran orang ramai |
Majlis dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis Dato' Sri Azlan Bin Man bersama Exco Perpaduan YB Hajjah Rela |
Kumpulan Jiran Wanita RPA Arau menyediakan makanan untuk orang ramai yang hadir |
Minuman disediakan untuk orang ramai yang hadir di majlis perasmian |
No comments:
Post a Comment