Ahli KRT Rancangan Perumahan Awam Arau, Perlis bergabung tenaga menjalankan aktiviti kibar Jalur Gemilang di sekitar kawasan Pusat Aktiviti KRT, jalan besar dan setiap lorong sambil menjalankan kempen kibar Jalur Gemilang agar semua penduduk memasang bendera Malaysia seberapa banyak yang boleh disetiap premis masing-masing dengan kreativiti yang tersendiri. Setiap premis yang memasang bendera Malaysia akan dinilai oleh panel atau juri dari Jabatan Kesihatan Negeri dengan mengambil kira jumlah bendera yang dipasang dan kreativiti termasuk kebersihan premis untuk memperolehi hadiah yang dipertandingkan bagi kategeri individu peringkat negeri, manakala pihak Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional Negeri Perlis pula menilai bagi kategeri Taman Perumahan juga diperingkat negeri. Juara kedua-dua kategeri peringkat negeri layak dipertandingkan ke peringkat kebangsaan.
Dataran RPA Arau, Perlis |
Jiran Wanita KRT RPA Arau gotong royong memeriahkan aktiviti kibar Jalur Gemilang |
Aktiviti kibar Jalur Gemilang di waktu malam |
Aktiviti kibar Jalur Gemilang |
Kanak kanak juga turut serta menceriakan kempen kibar Jalur Gemilang |
Aktiviti kibar Jalur Gemilang waktu malam |
Aktiviti memasang bendera Jalur Gemilang di atas pintu gerbang masuk ke RPA Arau |
AJK KRT memasang bendera di pagar padang futsal |
Kumpulan Jiran Wanita gotong royong memasang bendera |
Bendahari KRT RPA Arau |
Aktiviti kibar Jalur Gemilang kategeri individu |
Majlis Sehati Sejiwa, Membudayakan Perpaduan di Dewan 2020 Kangar, Perlis |
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis |
Penyelaras Jiran Wanita KRT Parlimen Arau menerima hadiah Keceriaan Merdeka peringkat Negeri Perlis mewakili Pengerusi KRT RPA Arau, Perlis |
Skuad Uniti KRT RPA Arau, Perlis |
Gimik pelancaran Skuad Uniti KRT oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis di iringi Raja Puan Muda, YAB MB Perlis dan isteri serta Pengarah JPNIN Negeri Perlis |
Skuad Uniti KRT Negeri Perlis selepas pelancaran |
Bersama Pegawai Penyelaras KRT Parlimen Arau En Dinesh Kalipen |